BIOS

BIOS atau sistem input-output asas ialah program komputer yang menjalankan operasi input-output semasa proses POST. Program BIOS disimpan di dalam sebuah cip memori yang dipanggil CMOS.

Jenis-jenis BIOS

Berikut adalah senarai pengeluar terkemuka dunia yang menghasilkan BIOS:

Acer Labs

American Megatrends Inc. (AMI)

Microid Research (MR BIOS)

Phoenix Technologies

LSI Logic

Winbond

Setiap pengeluar biasanya akan menghasilkan BIOS yang berbeda-beda dari segi Kod Ralat (Error Code), Kod POST (POST Code), dan Kekunci Sampukan (Interrupt keys). Oleh itu cara penggunaan bagi setiap BIOS tersebut juga adalah berbeda.

Cara untuk mengakses BIOS

Program BIOS boleh diakses dengan menggunakan kekunci sampukan (Interrupt keys) yaitu dengan menekan satu atau dua kombinasi kekunci tertentu semasa komputer menjalankan operasi POST. Operasi POST adalah proses pengujian sistem (lihat rajah 2 di bawah) semasa komputer dibootkan.

Oleh kerana setiap pengeluar BIOS menghasilkan BIOS yang berbeda-beda, maka kekunci sampukan bagi setiap BIOS juga berlainan. Di bawah ini menunjukkan kekunci sampukan (interrupt keys) bagi setiap pengeluar BIOS:

Pengeluar BIOS Kekunci

BIOS AMI Del

BIOS Award Del atau Ctrl+Alt+Esc

Compaq F10

IBM Aptivas dan Thinkpads F1

Microid Research (MR BIOS) Esc

BIOS Phoenix F2

Komputer Riba Toshiba Esc, kemudian F1

Anda juga boleh mengetahui kekunci sampukan bagi sistem anda dengan melihat teks kecil yang tertera di bahagian bawah skrin POST anda. "Press __ to Enter Setup."

Setelah anda memasuki BIOS, anda bolehlah melakukan perubahan konfigurasi pada sistem anda, seperti memilih pemacu yang mana satu untuk dimulakan (boot) terlebih dahulu, mengesan cakera keras serta menentukan kelajuan bas. Sebab itu program BIOS amat popular di kalangan para overclockers yang menginginkan sistem komputer berprestasi tinggi tanpa perlu mengeluarkan wang yang lebih. Untuk maklumat lanjut sila baca artikel Overclocking: Frequently Given Answers (FGA).

Tidak ada postingan.
Tidak ada postingan.